Penting

Salam,

Selamat datang ke laman web SPR Kolej Mara Banting 2009. Anda dikehendaki membaca setiap satu entry yang ada di dalam blog ini agar tidak terlepas sebarang informasi terkini. Harap maklum
Terima kasih.

Thursday, September 24, 2009

Guideline / Syarat-syarat Berkempen

Adalah dimaklumkan bahawa syarat-syarat di bawah perlu dipatuhi oleh setiap calon yang ingin menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2010.

1. Tarikh berkempen adalah bermula pada 30 September 2009, hari Rabu, jam 7.00 pagi selama 3 hari sehingga 2 Oktober 2009, hari Jumaat , jam7.00 malam.

2. Calon diberikan kebebasan untuk berkempen dengan menggunakan segala medium contohnya seperti Banner, Poster, Majalah, Sebaran Umum dan lain-lain.

3. Segala poster mahupun apa-apa bahan bercetak perlu terlebih dahulu mendapat pengesahan daripada ahli-ahli SPR bertugas.

4. Calon wajib menghantar segala bahan bercetak (master copy) untuk disahkan pada 29 Spetember 2009, hari Selasa, jam 8.15 - 10.45 malam. Sebarang permintaan selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan dilayan. SPR berhak mencabut mana-mana poster atau bahan bercetak sekiranya calon gagal mendapatkan kelulusan daripada SPR.

5. Semua poster tidak boleh ditampal di seluruh bangunan akademik, DS, Surau, pusat rekreasi dan tempat-tempat yang digunakan oleh orang awam. Calon hanya dibenarkan berkempen di blok asrama dan di padang permainan dan di mana-mana tempat yang tidak mengganggu ketenteraman orang lain.

6. Bahan-bahan bercetak tersebut wajib diturunkan sebelum 2 Oktober 2009, jam 10.30 malam. Bagi mana-mana calon yang gagal menurunkan bahan-bahan bercetak tersebut, denda sebanyak RM 1.00 akan dikenakan bagi setiap helaian/bahan yang dijumpai oleh pihak SPR.

7. Semasa berkempen, calon dilarang sama sekali memasukkan unsur-unsur berbaur lucah, keganasan, penghinaan terhadap sesuatu kaum dan lain-lain unsur-unsur negatif.

8. Calon juga dilarang sama sekali memburuk-burukkan nama calon lain bagi meraih undi.

9. Calon tidak dibenarkan terlibat dengan aktiviti rasuah, sogokan dan penipuan dalam meraih undi. Jika ditangkap, SPR berhak menggagalkan dan menyingkir calon daripada proses pengundian.

10. Akhir sekali, dalam apa-apa jua keadaan, SPR mempunyai kuasa dan hak dalam menentukan denda dan tindakan yang akan dikenakan terhadap mana-mana calon yang tidak mematuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan.

*Kemungkinan besar terdapat perubahan masa berkempen


Sebarang pertanyaan tentang masalah berkempen, sila rujuk :

CHE FARHAN - vary_de_voga@yahoo.com
AIMI DIYANA - aimi91_zeropsycho@yahoo.com

Oleh : Biro Kempen dan Penamaan Calon

No comments:

Post a Comment